Asia maut dibaham harimau - Utusan Malaysia

Asia maut dibaham harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 19 Jun – Seorang pe­noreh getah ditemukan maut dipercayai akibat diserang harimau dekat sebuah kebun di daerah Musi Rawas Utara, Sumatera Selatan di sini, semalam.

Lapor Antara News, Ketua Desa Sungai Jernih, David Haryadi memberitahu, mang­sa, Asia Juminten, 61, ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan menyedihkan.

“Berdasarkan kesan luka yang terdapat pada mayat, penduduk yakin mangsa dise­rang harimau sehingga mati,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang penduduk, Safari berkata, wanita warga emas itu dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar menoreh getah.

“Menurut keluarganya, kebiasaannya Asia akan pulang sekitar pukul lima petang.

“Namun, sehingga pukul tujuh malam, dia masih belum pulang ke rumah,” katanya.

Safari berkata,nenek itu ditemukan dalam keadaan terlentang dengan luka teruk di bahagian kepala dan leher.

“Badannya tidak ada apa-apa, mangsa hanya mengalami luka cakar di bahagian kepala, leher serta kecederaan di bahagian mata,” ujarnya.

Namun, penduduk gagal mengesan tanda-tanda kehadiran haiwan berkenaan berdekatan kawasan di mana mangsa ditemukan.

“Jika dilihat, luka yang dialami tidak menggambarkan serangan beruang. Warga tempatan yakin mangsa diserang harimau,” tambahnya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini