Labah-labah besar makan possum - Utusan Malaysia

Labah-labah besar makan possum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOBART, Tasmania – Adegan seekor labah-labah pemburu memakan seekor possum pigmi berjaya dirakam oleh sepasang suami isteri di sini baru-baru ini.

GAMBAR labah-labah pemburu memakan seekor possum pigmi dirakam oleh suami Justine Latton ketika mereka berada di Tasmania baru-baru ini. – Kredit Justine Latton/Facebook

Gambar menakutkan itu dirakam ketika mereka sedang mengembara di negeri Tasmania, sebuah pulau milik Australia, lapor akhbar The Sun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Justine Latton dan suaminya sedang menginap di sebuah hotel di Taman Negara Mount Field, di sini, apabila mereka melihat seekor labah-labah pemburu sedang memakan possum tersebut.

Gambar yang jarang dilihat itu dikongsi di laman Facebook khusus untuk labah-labah dan serangga Tasmania.

Badan possum pigmi biasanya boleh membesar sehingga ukuran 6.35 sentimeter (2.5 inci) atau menyamai saiz labah-labah pemburu, demikian menurut akhbar The Sun.

Bagaimanapun, kaki labah-labah tersebut boleh memanjang sehingga 33 sentimeter (13 inci).

“Ia kali pertama saya melihat possum pigmi menjadi mangsa labah-labah” kata pengurus koleksi labah-labah Muzium Australia, Graham Millegde.

“Kejadian itu boleh dikatakan jarang berlaku,” tambahnya.

Imej tersebut menjadi tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, malah turut dikongsi lebih daripada 7,000 kali. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini