KUALA LUMPUR – Orang ramai yang masih tidak mempunyai pelekat identifikasi frekuensi radio (RFID) boleh mendapatkan kemudahan itu di Temasya Glenmarie Welcome Centre, Seksyen U1, Shah Alam, Sabtu ini.
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam satu kenyataan memaklumkan, pemasangan pelekat secara percuma itu akan dilakukan bermula dari pukul 11 pagi hingga 4 petang.
“Pengguna hanya perlu membawa kad pengenalan beserta salinan, lesen memandu atau pasport serta salinan lesen kenderaan motor atau ‘cover note’ insurans yang sah dan terkini.
“Mereka juga perlu ditunjukkan ‘surat pengesahan’ daripada pemilik kenderaan sekiranya kenderaan tidak dimiliki oleh pengguna yang berdaftar dengan akaun eWallet Touch ‘n Go,” katanya. – UTUSAN ONLINE











