Negeri Sembilan raih tiga mata di Paroi - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan raih tiga mata di Paroi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Negeri Sembilan meraih tiga mata berharga selepas menewaskan Selangor United 3-0 dalam saingan bola sepak Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam ini.

Pemain import dari Jepun, Shunsuke Nakatake menjaringkan gol pertama Negeri Sembilan pada minit ke-13 melalui sepakan percuma di luar kotak penalti lawan selepas penyerang tuan rumah, Igor Carneiro Luiz dijatuhkan pemain Selangor United.

Negeri Sembilan yang mengalami dua kekalahan berturut-turut menggiatkan serangan namun gagal meraih gol tambahan pada separuh masa pertama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam separuh masa kedua, kedua-dua pasukan berhempas pulas merancakkan permainan yang banyak berlegar di tengah padang.

Pada minit ke-70, tuan rumah menambah jaringan melalui Jose Almir Barros Neto yang menyambut hantaran silang di depan pintu gol Selangor United dengan rembatan kaki kanan menumpaskan penjaga gol Damien Lim Chien Khai.

Negeri Sembilan melebarkan jaringan dengan gol ketiga melalui Igor Carneiro pada minit ke-88 hasil hantaran satu dua antara pemain itu dengan Jose Almir.

Jurulatih Selangor United, Abd. Talib Sulaiman menggunakan sepenuhnya kuota tiga pemain gantian, namun ia gagal menghasilkan sebarang gol bagi pelawat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini