Video intim: Saya tidak ke mana-mana - Farhash - Utusan Malaysia

Video intim: Saya tidak ke mana-mana – Farhash

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan video intim melibatkan seorang individu menyerupai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Farhash menafikan dakwaan yang beliau menghilangkan diri ketika video tersebut mula tular dalam media sosial.

Selain itu, Farhash yang juga Setiausaha Politik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberi penjelasan berhubung laporan berita berkenaan lokasi beliau ketika video tersebut tular.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka petik dari sumber bukan tuan (punya) badan sendiri. Saya dah lama balik dari kursus ada dekat sini,” katanya di sini hari ini.

Jelas Farhash, beliau sedang melanjutkan pengajian di Universiti Harvard, Amerika Syarikat dan kini sedang bercuti bagi menyiapkan tesis ijazah doktor falsafah (PhD).

Terdahulu, Farhash didakwa menghilangkan diri sebaik sahaja video intim yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin dan Pengerusi AMK Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz tular dalam media sosial.

Lebih mengejutkan, Haziq Abdullah mengaku sebagai pelaku dalam video seks tersebut.

Kemudian, kehilangan Farhash semakin menjadi tanda tanya apabila beliau tidak hadir pada majlis hari raya Aidilfitri PKR Perak di Kuala Kangsar baru-baru ini.

Malah terdapat ciapan dalam kumpulan WhatsApps PKR bahawa Farhash dikatakan telah meloloskan diri ke Manila dan berada bersama Haziq ketika ditahan di KLIA2. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini