MSN cari jalan bantu Khairul, Suresh - Utusan Malaysia

MSN cari jalan bantu Khairul, Suresh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Majlis Sukan Negara (MSN) sedang mencari pendekatan yang agak agresif terutama dari segi menjalani latihan di luar negara buat jaguh pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad sebagai persediaan ke Sukan Olimpik di Tokyo tahun depan.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, pihaknya akan berbincang lebih lanjut bersama jurulatih Lee Jae Hyung dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) menerusi setiausahanya kehormatnya, Datuk Abd. Hamid Hassan bagi membincangkan tentang input terbaik bagi jaguh dari Terengganu itu.

“Ada perkara yang akan dipertimbangkan dan telahpun dibincangkan bersama beberapa orang selain telah berjumpa dengan Lee Jae Hyung serta NAAM untuk mencari jalan bagaimana kita boleh menggunakan tempoh masa yang begitu panjang sebagai persediaan ke Olimpik, disamping membantu pasukan recurved lelaki layak ke kejohanan berprestij itu tahun depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi apa yang pasti, fokus utama kami sudah tentu terarah kepada Khairul termasuk juara dunia S. Suresh (atlet para),” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Khairul, 28, pada Ahad lalu membidik perak menerusi acara recurve individu lelaki dalam Kejohanan Dunia di Belanda selepas tewas menerusi ‘shoot-off’ di tangan pemanah Amerika Syarikat, Brady Ellison di pentas akhir, sekali gus menghadiahkan pingat sulung untuk Malaysia pada pertandingan tersebut.

Kejayaan itu hadir seminggu selepas atlet para, Suresh, 25, meraih gelaran dunia di Belanda, juga dalam acara recurve individu lelaki.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini