Mesyuarat tergempar ditangguh esok - Utusan Malaysia

Mesyuarat tergempar ditangguh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Mesyuarat tergempar bagi membincangkan keadaan terkini video tukar seks intim yang dikaitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan diadakan malam ini di Rumah Pemuda di sini ditangguhkan esok.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu, Muhammad Hilman Idham.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mesyuarat tersebut ditangguhkan esok dan diadakan pada pukul 8.30 malam di lokasi sama.

Terdahulu, tular satu kenyataan melalui aplikasi WhatsApp bahawa satu mesyuarat akan dipengerusikan Muhammad Hilman berhubung perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa serta identiti dalang yang kian terdedah.

Malah, kenyataan itu disertakan sekali arahan ‘segera’ semua kepemimpinan parti dijemput untuk hadir.

Mohamed Azmin berterusan menafikan dia adalah lelaki yang melakukan hubungan seks intim dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz dan menyifatkan video berkenaan sebagai fitnah jahat untuk membunuh karier politiknya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini