Harapan Hazriq bermain di akademi bola sepak di Sepanyol - Utusan Malaysia

Harapan Hazriq bermain di akademi bola sepak di Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang bapa memerlukan dana RM40,000 bagi membolehkan anaknya Muhammad Hazriq Hazriel Mazlan, 11, mengikuti latihan di sebuah akademi bola sepak yang berpangkalan di Sepanyol, September ini.

Menurut Mazlan Sharif, 44, dana yang dikumpulnya sendiri masih tidak mencukupi dan memerlukan bantuan mana-mana pihak yang berminat memberikan sumbangan atau menjadi penaja bagi membolehkan Muhammad Hazriq mengecapi cita-citanya bermain di luar negara.

Katanya, anak sulungnya itu mendapat tawaran menyertai akademi yang menjalinkan kerjasama dengan kelab La Liga iaitu Valencia dan Levante kira-kira tiga tahun lalu ketika dia berusia lapan tahun selepas mempamerkan aksi memukau bersama-sama akademi Bolasepak Barcelona di Singapura.

“Pada ketika itu, saya merasakan dia masih terlalu kecil untuk menerima pelawaan tersebut, jurulatih akademi terbabit memahami keadaan itu. Tawaran tersebut masih terbuka hingga ke hari ini, dan saya merasakan sudah tiba masanya untuk Hazriq menyahut cabaran tersebut.

“Jika kami bersetuju menerima tawaran pengambilan akademi itu pada September ini, kami perlu membayar kira-kira RM40,000. Namun hingga kini, dana yang saya kumpul sendiri tidak sampai separuh daripada jumlah yang diperlukan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×