Lebih 80 peserta hadiri persidangan potensi pelancongan Sabah dan Sarawak - Utusan Malaysia

Lebih 80 peserta hadiri persidangan potensi pelancongan Sabah dan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Persidangan mengenai Potensi Pelancongan di Sabah dan Sarawak yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah menarik minat lebih 80 peserta daripada Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO), Persatuan Hiburan Taman Tema dan Tarikan Keluarga Malaysia (MAATFA), pengusaha hotel, pengendali tarikan pelancongan serta dewan-dewan perniagaan antaranya.

Persidangan yang diadakan di MIDA Sentral di sini hari ini, bertujuan memastikan industri pelancongan domestik diberi makluman terkini mengenai ekosistem hospitaliti di Malaysia termasuk menggalakkan pelaburan baharu ke Sabah dan Sarawak, menurut MIDA dalam satu kenyataan.

“Oleh itu, ia menampilkan taklimat daripada Bahagian Penjagaan Kesihatan, Pendidikan dan Hospitaliti MIDA, MOTAC serta MIMOS Bhd, perbincangan dengan beberapa panel serta sesi rangkaian satu dengan satu antara peserta dan MIDA, MOTAC, KePKAS, MTACYS, SEDIA, MyCEB, MAHO termasuk MAATFA,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Kanan Sektor Perkhidmatan dan Bahagian Pembangunan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Catherine Ridu berkata dengan ketibaan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, Malaysia berharap mampu menarik seramai 30 juta pelancong antarabangsa serta RM100 bilion melalui perbelanjaan pelancong.

“Terdapat banyak peluang yang menarik untuk pihak-pihak berkepentingan dalam pelancongan domestik kita, terutamanya mereka yang di Sabah dan Sarawak untuk menyokong kempen mercu tanda ini. Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk meletakkan industri pelancongan domestik kita secara lebih teratur dan berkesan bagi memaksimumkan keupayaan untuk memacu transformasi ekonomi negara,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini