LONDON – Bekas Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini ditahan selepas dipalit dengan skandal rasuah berhubung penganjuran Piala Dunia 2022.
Legenda Perancis, Platini dipilih pada 2007 dan berkhidmat sebagai Presiden UEFA hingga 2015 sebelum dikenakan larangan oleh Jawatankuasa Etika FIFA.
Platini, 63, kini berada di bawah jagaan bagi membantu siasatan berhubung memberi hak penganjuran Piala Dunia kepada Qatar dan sesi soal jawab dilakukan di Pejabat Kehakiman Anti Rasuah Polis (OCLCIFF).
Memuatkan artikel berkaitan…
Dia kini disoal siasat di Nanterre, bandar kecil di barat Paris. – AGENSI











