Periksa kewarasan Haziq - Utusan Malaysia

Periksa kewarasan Haziq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Pengakuan Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama, Haziq Abdullah Abdul Aziz sudah mencukupi untuk hukuman dijalankan ke atasnya sekiranya dia terbukti waras.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tidak timbul bahawa keperluan untuk mempunyai saksi memandangkan tuan empunya badan sudah mengaku.

Justeru, katanya, pihak berwajib sama ada mahkamah sivil atau syariah sepatutnya sudah boleh memulakan tindakan berdasarkan pengakuan pesalah sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau seorang sudah mengaku maka dakwalah orang ini berdasarkan pengakuan dia, ada orang kata nak saksi, saksi apanya sebab seorang sudah mengaku.

“Saksi perlu kalau orang tak mengaku, kalau sudah mengaku maka cukuplah pengakuan dia itu, tetapi perlu tentukan dia waras atau tidak kalau sebab kadang-kadang orang gila pun mengaku juga.

“Jadi kita kena tengoklah, dalam Islam kalau dia siuman maka hukuman boleh berjalan, sepatutnya sudah boleh diambil tindakan, sama ada syariah atau sivil, yang tak mengaku itu kena siasat dan bicaralah,” katanya selepas jamuan Haria Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di JKR 10 di sini hari ini.

Haziq adalah lelaki yang mengaku sebagai salah seorang individu dalam video intim yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad turut menyokong supaya kewarasan Haziq diperiksa di samping mahu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertegas dalam isu ini.

“Anda adalah kerajaan yang memerintah, sepatutnyalah anda memerintah, hentikan semua ini.

“Benda ini jijik untuk dibincang, Malaysia sejak dahulu lagi tidak habis dengan isu ini, sudah berapa puluh tahun isu begini, dari 1998 sekarang 2019, sedangkan isu lebih penting adalah masalah ekonomi, negara dan rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini