SHAH ALAM 18 Jun – Polis akan memanggil mana-mana individu termasuk ahli PKR yang lain, sekiranya diperlukan bagi membantu siasatan berhubung penularan video seks sejenis mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, tiada mana-mana individu akan terkecuali untuk dipanggil dirakam kenyataan berhubung perkara tersebut.
“Sesiapa yang dirasakan perlu kita akan panggil untuk dirakam percakapan mereka termasuklah sesiapa sahaja tidak kira ahli PKR atau tidak,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Penyerahan Kenderaan PDRM oleh MRCG George Kent Sdn. Bhd. di Dewan Mes Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











