Tikam isteri kerana cemburu - Utusan Malaysia

Tikam isteri kerana cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Hubungan sulit dengan lelaki lain dipercayai menjadi punca seorang suami bertindak menikam isterinya dengan sebilah pisau di sebuah rumah kongsi pekerja di Jalan Teluk Likas, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa yang berumur 61 tahun maut selepas ditikam sebanyak dua kali di belakang badannya oleh suaminya.

“Kita menerima maklumat kejadian berkenaan kira-kira pukul 2.49 pagi dan sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, seorang wanita ditemukan dalam keadaan berlumuran darah serta tidak sedarkan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas menikam isterinya, lelaki itu telah menikam dirinya sendiri dipercayai untuk membunuh diri namun kita berjaya menghalangnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Habibi, lelaki itu juga turut bertindak membakar rumah kongsi berkenaan namun berjaya dipadamkan dengan bantuan pihak bomba.

Tambahnya, lelaki itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini