Orang Asli Kuala Koh: Pesakit selesai terima rawatan ditempatkan di PPS Etnobotani - Utusan Malaysia

Orang Asli Kuala Koh: Pesakit selesai terima rawatan ditempatkan di PPS Etnobotani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Kumpulan pertama pesakit Orang Asli suku kaum Batek yang selesai menerima rawatan di Hospital Gua Musang mula ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani di sini hari ini.

Seramai 9 pesakit berkenaan telah menjalani ujian saringan kesihatan di hospital itu juga turut diiringi oleh 20 ahli keluarga ditempatkan di PPS itu buat sementara waktu.

Penduduk Orang Asli itu menaiki kenderaan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan memasuki kem itu pada pukul 3.30 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah, Hizani Ibrahim berkata, penempatan itu dibuka hari ini selepas persiapan rapi dan kerja pembersihan kem dilakukan.

Katanya, pihak JKM bersedia menerima pesakit Orang Asli yang disahkan selamat selepas menerima rawatan di hospital.

“Kita menjangkakan dapat menerima lebih ramai penduduk Orang Asli untuk tinggal secara sementara di kawasan itu sebelum dibenarkan pulang ke Kampung Kuala Koh.

“Pihak JKM akan menjaga kebajikan mereka semua termasuklah ahli keluarga pesakit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata, kem PLKN Etnobotani akan digunakan sebagai PPS bagi menempatkan Orang Asli yang telah dibenarkan keluar dari hospital untuk pemantauan tahap kesihatan mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini