Jangan tuduh mana-mana pihak! - Anwar - Utusan Malaysia

Jangan tuduh mana-mana pihak! – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan agar tiada tuduhan dilemparkan kepada mana-mana pihak berhubung isu kontroversi video intim seorang individu menyerupai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Dalam nada yang tegas, beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mengingatkan semua pihak agar menghentikan spekulasi liar serta menyerahkan kes tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita sepatutnya bergantung kepada fakta dan bukti yang jelas daripada PDRM. Jangan melakukan telahan sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara utama adalah menyelesaikan isu ini dan bukannya mendengar fitnah. Masalah tidak akan selesai dengan fitnah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Dewan Perniagaan dan Industri India Muslim Malaysia (Mimcoin) di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai laporan sebuah agensi media Australia, SBS News berkenaan ketulenan video intim tersebut, Anwar menjelaskan yang segala fakta berkaitan perkara itu perlu disahkan oleh PDRM.

Katanya, hal itu kerana PDRM sedang melakukan penilitian dan mempunyai kebijaksanaan untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Ketika ditanya mengenai perpaduan dalam PKR selepas isu kontroversi itu melanda, Anwar menyatakan yang semua ahli-ahli parti masih bersatu padu menghadapi masalah tersebut.

“Ketika saya berada di Sabah dan Sarawak, semua ahli dari pelbagai peringkat hadir memberi sokongan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini