KUALA LUMPUR – Nadira Health & Beauty Enterprise, pengeluar produk penjagaan kesihatan berjenama Jus Marqeesha, berkeyakinan terhadap produk sulungnya itu mampu membantu menyelesaikan masalah kumpulan pelanggannya yang berkaitan dengan penghadaman dan sistem pencernaan.
Pengasas syarikat, Mohd. Kusyairi Abdul Wahab berkata, ini kerana produk yang berada di pasaran sejak awal tahun ini mengandungi pelbagai bahan organik yang berkhasiat seperti buah markisa, arabic gum, habbatussauda, garcinia cambogia, madu dan senna leave.
Menurutnya, masalah kesihatan yang dihadapi sebelum ini khususnya berkaitan dengan penyakit gastrik dan pedih ulu hati telah memberi pilihan kepada beliau untuk mencari formulasi dan penyelesaian dengan memperkenalkan jus tersebut sambil berkongsi pengalaman dengan pelanggan lain yang sedang berdepan dengan kemelut itu.
“Saya banyak membaca mengenai pelbagai bahan semulajadi untuk mengubat penyakit yang dihadapi dan tertarik dengan kelebihan buah markisa dan ekstrakya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi pengenalan produk keluaran sulungnya itu di Jalan Ampang di sini baru-baru ini.
Mohd. Kusyairi menerangkan, produk tersebut dihasilkan melalui kajian dan pembangunan hampir setahun dan dihasilkan di sebuah kilang bertaraf Amalan Pengilangan Terbaik (GMP) dan mendapat pengesahan halal serta kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.
Tambah beliau, berdasarkan testimoni positif daripada pelanggan sedia adanya, syarikat mengunjurkan jualan bertambah kepada 5,000 botol menjelang akhir tahun ini.
Buat masa ini, produk tersebut mendapat sambutan baik daripada pelanggan dan mendapat permintaan baik daripada usahawan untuk menjadi pengedar dan ejen untuk mempromosikan Jus Marqeesha.
“Kami menyediakan program latihan dan bimbingan kepada usahawan yang berminat dengan menawarkan ganjaran kepada mereka yang mencapai matlamat jualan syarikat,” ujarnya.
Produk yang bersesuaian untuk pelanggan berumur 30 tahun keatas dijual pada harga RM90 sebotol.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk dan menjadi pengedar, boleh menghubungi di talian 011-6960 3090 atau layari laman web: www.jusmarqeesha.com.











