KUALA LUMPUR – Baskin-Robbins telah bekerjasama dengan pereka tempatan terkenal, Datuk Tom Abang Saufi (TAS) bagi menawarkan hamper Bungkus of Happiness sempena musim perayaan Aidilfitri.
Bungkus of Happiness ditawarkan dalam pilihan aiskrim 10 junior scoop pada RM115, lapan regular scoop (RM125) atau empat pints pada RM145 yang dibungkus dengan selendang Baskin-Robbins X TAS edisi terhad.
Baskin-Robbins menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini baru-baru ini berkata, antara pilihan selendang yang direka oleh TAS untuk promosi tersebut ialah selendang ketupat, selendang aiskrim dan selendang wafel.
“Selendang edisi terhad ini menggabungkan tradisi Melayu dan budaya Baskin-Robbins.
“Semua selendang diperbuat daripada kain campuran sutera berkualiti tinggi dan ini amat sesuai dijadikan hadiah serta boleh digunakan dengan pelbagai cara termasuklah dipakai sebagai tudung atau koleksi batik,” katanya.
Promosi berkenaan berakhir 31 Julai depan. Bungkus of Happiness boleh didapati di semua cawangan Baskin-Robbins di negara ini atau menerusi platform beli-belah online Lazada.











