NEW YORK – Seorang ibu lumpuh pada wajah selama lima minggu akibat serangan strok selepas dia menghidap selesema dan tekanan yang berpanjangan.
Penyakit itu menyebabkan Shayna Aldrich tidak dapat menggerakkan otot pada wajahnya untuk makan, malah dia juga tidak dapat mengelipkan matanya.
Shayna, 34, yang berasal dari Bandar Raya New York, mula menyedari terdapat suatu yang tidak kena pada dirinya pada Januari lalu.
Dia sebelum itu menghidap demam selesema yang agak teruk selama dua minggu tetapi kembali bekerja sebagai pelayan ketika warga Amerika Syarikat menyambut Hari Kesyukuran.
Ia merupakan antara musim paling sibuk bagi tahun ini.
Pada bulan sama ketika membuat piza bersama suami, Patrick 31, dan anak perempuannya yang berumur lapan tahun, Lola, dia memakan buah zaitun dan menyifatkan rasanya seakan-akan rasa besi.
Shayna tidak menganggapnya sebagai apa-apa sehinggalah dia bangun keesokan paginya dan mendapati dagunya terasa kebas, malah bibirnya turut menghadapi masalah sama dan tidak lama kemudian seluruh wajahnya lumpuh.
Doktor menjalankan ujian dan mendapati dia menghidap varian penyakit Bell’s Palsy yang memberi kesan terhadap wajahnya.
Wanita itu dipercayai diserang strok kerana mengalami stres berpanjangan kerana bekerja sebelum dia benar-benar pulih daripada selesema.
“Saya diberikan ubat steroid untuk mengurangkan bengkak pada saraf.
“Doktor meminta saya menunggu dan menganggarkan masa antara dua minggu hingga dua bulan atau lebih teruk lagi, dua tahun untuk saya kembali sembuh,” katanya.
Shayna bagaimanapun kembali pulih lima minggu selepas itu. – Agensi
Agensi
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan cabya yang digunakan oleh penduduk Pulau Jawa untuk menghasilkan jamu.
SHAYNA ALDRICH
MATA kanan Shayna tidak boleh ditutup akibat serangan strok.
SHAYNA ALDRICH
GAMBAR menunjukkan Shayna bersama suami, Patrick dan anak perempuan mereka, Lola.
UNIVERSITI BROWN
ROBOT ini mampu menghasilkan semula lukisan karya Leonardo da Vinci, Mona Lisa dengan melihat potret tersebut.
UNIVERSITI BROWN
PERISIAN canggih yang digunakan membantu robot tersebut menulis dalam 10 bahasa yang berbeza termasuk Hindi, Greek dan Inggeris.











