Pemandu jentera berat ditemukan mati dalam perigi - Utusan Malaysia

Pemandu jentera berat ditemukan mati dalam perigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR 17 Jun – Misteri kehilangan seorang lelaki yang juga pemandu jentera berat di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Universiti Selangor (Unisel) Bestari Jaya sejak Sabtu lalu terungkai apabila mayatnya ditemukan pasukan bomba.

Jurucakap bomba berkata, mayat Tee Chau Hou, 61, ditemukan dalam keadaan tertiarap di dalam perigi bekalan air yang digunakan untuk kerja-kerja meracun, kira-kira 100 meter dari lokasi Pusat Kawalan Bomba (PKB) di ladang kelapa sawit tersebut.

Katanya, operasi pencarian yang disambung semula hari ini pada pukul 9 pagi dengan bantuan ahli keluarga mangsa akhirnya berjaya menemukan mayat mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kira-kira pukul 9.15 pagi, mayat mangsa yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu dijumpai di dalam perigi bekalan air yang digunakan untuk kerja-kerja meracun, di ladang kelapa sawit berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pasukan bomba kemudiannya mengeluarkan mayat dari kawasan itu dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Semalam, pasukan penyelamat menggunakan khidmat anjing pengesan dalam operasi mencari Chau Hou tetapi tetap gagal menemukan mangsa.

Kehilangan lelaki itu disedari rakan-rakannya kira-kira pukul 6 petang pada Sabtu lalu dan apabila usaha mengesannya gagal, mereka kemudiannya memaklumkan kepada pihak keselamatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini