Pelabur asing jual saham tempatan RM415.3j - Utusan Malaysia

Pelabur asing jual saham tempatan RM415.3j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Jun – Pelabur luar pesisir kembali kepada mood menjual melibatkan RM415.3 juta saham tempatan di Bursa Malaysia minggu lalu, membatalkan pegangan bersih RM350 juta yang diperoleh pada minggu sebelumnya.

Menurut MIDF Research, penangguhan rancangan tarif penalti Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke atas barangan dari Mexico mencetuskan mood risiko terhadap Bursa Malaysia.

Katanya, ia seterusnya berjaya menarik aliran dana asing bersih RM59 juta pada Isnin minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, jangkaan rangsangan ekonomi daripada Rizab Persekutuan AS juga memberi sokongan kepada minat pelabur.

“Belian bersih asing menjangkau sehingga enam hari, tempoh terpanjang sejak aktiviti jualan besar-besaran selama sembilan hari dari pertengahan hingga akhir Januari 2019,” katanya dalam laporan aliran dana mingguan di sini hari ini.

Susulan itu, bursa tempatan melonjak 0.4 peratus untuk ditutup lebih tinggi kepada 1,655 mata pada hari sama, tertinggi sejak 22 Mac 2019.

Bagaimanapun, pada Selasa menyaksikan aliran keluar dana bersih dari pasaran saham tempatan berjumlah RM101.5 juta, mengheret turun penanda aras FBM KLCI sebanyak 0.3 peratus untuk ditutup 1,651.2 mata.

Mood berubah menjadi lebih suram selepas Trump mengancam untuk menaikkan tarif ke atas barangan China sekali lagi jika Presiden, Xi Jinping tidak menghadiri Sidang Kemuncak G-20 akhir bulan ini.

Aliran keluar bersih dana asing berterusan pada Rabu sebanyak RM143.2 juta, sebahagiannya disebabkan protes terhadap undang-undang ekstradisi di Hong Kong.

Dengan hanya dua minggu dagangan yang tinggal pada Jun, pelabur asing menjual RM65.3 juta saham setakat ini.

Habis,

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini