Pelajar dikhuatiri lemas semasa mahu bergambar di sungai - Utusan Malaysia

Pelajar dikhuatiri lemas semasa mahu bergambar di sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang pelajar tingkatan satu yang berhasrat mengambil gambar di kawasan sungai, dikhuatiri lemas di Sungai Jeram Besu di Dong, Raub semalam. 

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa Muhamad Muzzafar Shah Mohamad Rozi, 13, dipercayai lemas setelah tiba-tiba terjun ke sungai berkenaan setibanya di sana dalam kejadian pada pukul 4.45 petang. 

Katanya, mangsa yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sega, Raub difahamkan ke sungai itu bersama dua lagi rakan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa dikatakan terus terjun ke dalam sungai yang dianggarkan sedalam lima kaki dan mempunyai pasir jerlus. 

“Dua rakan mangsa mendakwa melihat mangsa lemas dan mereka telah cuba untuk menyelamatkannya, bagaimanapun gagal,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini