Mayat tidak sempurna ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat tidak sempurna ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN – Mayat tidak sempurna yang hanya tinggal tengkorak dan kedua belah kaki dan tangan yang hampir reput dijumpai terdampar dicelah-celah batu di belakang limbungan di Rancha-Rancha dekat sini lewat petang Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang itu ditemukan orang awam di belakang limbungan AsianSupply Base Sdn Bhd.

Timbalan Ketua Polis Labuan, Timbalan Penguasa Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, hasil pemeriksaan awal yang dilakukan keatas mayat mendapati tiada indikasi atau tanda-tanda kecederaan fizikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, mayat yang belum dipastikan jantinanya itu dipercayai telah hanyut dilaut sejak tiga hingga empat minggu lepas.

“Kita tidak boleh membuat sebarang andaian disebabkan siasatan menyeluruh sedang dijalankan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mendapatkan petunjuk seterusnya dan proses bedah siasat pula telah dilakukn pakar forensik Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu hari ini atau esok,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Ibrahim turut meminta orang ramai yang ada kehilangan anggota keluarga agar tampil membuat laporan atau membantu mengenal pasti mayat berkenaan.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini