Bos baharu SPRM lapor diri hari ini - Utusan Malaysia

Bos baharu SPRM lapor diri hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Latheefa Koya memulakan tugasnya secara rasmi hari ini.

Latheefa dalam satu kenyataan memberitahu, beliau telah memulakan tugasnya penuh pada hari pertama sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM meskipun banyak pendapat telah dikeluarkan semenjak pelantikan dirinya diumumkan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Ujarnya, sesiapa sahaja berhak menyoal, mengkritik atau mengeluarkan pendapat masing-masing mengenai perlantikan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tugas saya jelas iaitu untuk membanteras rasuah di mana-mana sahaja dan dengan sokongan serta dokongan dari rakyat dan pegawai-pegawai saya di SPRM, kami yakin akan dapat mengubah Malaysia kepada satu masyarakat yang alah dan bebas dari rasuah.

“Dalam perancangan jangka panjang termasuk pendidikan, saya juga akan mewujudkan satu budaya yang tidak bertoleransi kepada rasuah,” katanya di sini hari ini.

Tambah Latheefa, adalah hak asas setiap rakyat Malaysia untuk dibenarkan hidup, bekerja dan makmur dalam satu persekitaran yang bebas rasuah.

“Dengan pertolongan Allah SWT, saya berharap untuk berjaya dalam tugas saya ini,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini