Dalam kejadian pukul 12.23 tengah hari itu, suspek memakai lelaki topi keledar gelap dan menutup mulut dengan penutup muka selain memakai jaket gelap memasuki kedai itu sebelum melarikan empat dulang emas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, ketika kejadian, suspek mengugut pekerja kedai dengan memaklumkan dia mempunyai pistol mengarahkan supaya menyerahkan emas.
“Takut diapa-apakan dan demi keselamatan, mangsa menyerahkan empat dulang mengandungi 237 utai rantai emas pelbagai jenis sebelum suspek memasukkan ke dalam beg plastik hitam.
“Suspek melarikan diri melalui pintu pasar raya tersebut dan menaiki motosikal yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Taib berkata, pihaknya giat menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan mendapati suspek menggunakan motosikal berpendaftaran palsu.
Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE











