Mayat kanak-kanak terjatuh di Lagun Kuala Ibai ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat kanak-kanak terjatuh di Lagun Kuala Ibai ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Mayat kanak-kanak berusia sembilan tahun yang terjatuh ketika bermain air bersama adik-beradiknya di Lagun Kuala Ibai di sini hari ini ditemukan kira-kira pukul 4.48 petang tadi.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu , Timbalan Penguasa Bomba Zakariya Mohamed

berkata, mayat Muhammad Aidil Muhammad Razali ditemukan kira-kira 300 meter dari lokasi dilaporkan terjatuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika itu keadaan air surut dan mangsa dijumpai pasukan penyelamat yang kebetulan melalui kawasan tersebut. Mayat seterusnya diserahkan kepada pihak polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, Muhammad Aidil dikatakan terjatuh selepas tebing tepi lagun yang dipijaknya tiba-tiba runtuh sebelum dihanyutkan arus.

Mangsa difahamkan sedang bermain-main dengan enam adik beradiknya di situ sambil diawasi ibu, Noraini Yahya, manakala bapa mereka, Muhammad Razali Ibrahim pergi ke kedai untuk membeli air.

Sekembalinya Muhammad Razali, 38, ke tempat kejadian, dia diberitahu yang mangsa telah timbul dalam keadaan terkapai-kapai namun gagal diselamatkan sebelum hilang.

Keluarga yang menetap di Johor itu dikatakan menyambut Aidilfitri di kampung asal Noraini di Kampung Tanjung di sini Selasa lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini