SPRM terus beri sokongan kepada KP baharu - Utusan Malaysia

SPRM terus beri sokongan kepada KP baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus memberi sokongan kepada Ketua Pesuruhanjaya baharu, Latheefa Beebi Koya yang pelantikannya berkuat kuasa 1 Jun lalu.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini turut merakam ribuan terima kasih atas sumbangan dan jasa Datuk Seri Mohd. Shukri sepanjang tempoh beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya suruhanjaya itu.

“Dalam tempoh berkenaan, Mohd. Shukri telah berjaya memimpin SPRM dengan cemerlang termasuk menyelesaikan dua kes berprofil tinggi yang menjadi keutamaan beliau,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan permohonan Mohd. Shukri untuk memendekkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya sebelum kontrak tamat pada 17 Mei tahun hadapan.

Keputusan tersebut selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009 (Akta 694).

Kosmo! Online melaporkan Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini