Latheefa mulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM hari ini - Utusan Malaysia

Latheefa mulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Latheefa Beebi Koya hari ini memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan memasuki pejabat, di sini hari ini.

LATHEEFA BEEBI KOYA menerima surat peLantikan daripada Ismail Bakar sebelum memulakan tugas sebagai
LATHEEFA BEEBI KOYA menerima surat pelantikan daripada Ismail Bakar sebelum memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu di Putrajaya,hari ini. – UTUSAN ONLINE

Terdahulu, beliau menerima surat pelantikan daripada Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar sebelum tiba di Ibu pejabat SPRM untuk mengetip kad perakam waktu tepat pukul 3.32 petang tadi.

Latheefa akan berkhidmat untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lalu menggantikan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull yang memendekkan perkhidmatan kontrak lebih awal daripada sepatutnya pada 17 Mei 2020.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebagai rekod, beliau merupakan wanita pertama dilantik menjawat jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Latheefa merupakan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini