Lippi sedia lepas jawatan, jika misi Piala Dunia gagal - Utusan Malaysia

Lippi sedia lepas jawatan, jika misi Piala Dunia gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI – Marcello Lippi berkata, dia bersedia melepaskan jawatannya selaku jurulatih skuad kebangsaan China buat kali kedua, jika dia gagal membawa pasukan negara itu layak ke Piala Dunia 2022 di Qatar.

Pemenang Piala Dunia bersama skuad kebangsaan Itali berusia 71 tahun itu kembali menyandang jawatan sebagai jurulatih hanya empat bulan selepas dia meninggalkan pasukan bola sepak China.

Namun, dengan kelayakan Piala Dunia 2022 yang akan bermula September ini, pengendali veteran yang kini berada dalam tekanan kerana kesuntukan masa bagi melakukan persiapan, mensasarkan untuk membawa China melakukan penampilan pada Piala Dunia buat kali kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adakah kami mampu layak ke Piala Dunia? Saya tidak tahu, kami akan mencuba dan berusaha sebaik mungkin. Jika kami mampu berbuat demikian, ia sesuatu yang hebat, jika tidak, saya akan meninggalkan China.

“Inilah tugas dan kehidupan saya, memanfaatkan segala minat dan kesungguhan serta pengalaman yang ada untuk cuma melakukan satu perkara, tetapi keputusan akhir mungkin berjaya ataupun menemui kegagalan,” kata bekas jurulatih Juventus, Inter Milan, Napoli dan Itali kepada stesen televisyen, CCTV5.

Warga Itali itu, yang bercakap pada sidang akhbar menjelang aksi persahabatan menentang Filipina, Jumaat ini, di laman sendiri berkata, dia menolak untuk menyambung kontraknya bersama Persatuan Bola Sepak China (CFA) selepas skuad bimbingannya tumpas kepada Iran 0-3 pada suku akhir Piala Asia, Januari lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini