Jorginho tak rela lihat Sarri tinggalkan Chelsea - Utusan Malaysia

Jorginho tak rela lihat Sarri tinggalkan Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 4 Jun – Jorginho memberi sokongan penuh kepada Maurizio Sarri apabila mendakwa tidak rela untuk melihat bos Chelsea itu meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas ini.

Sarri dikaitkan bakal menyertai Juventus sejak Massimiliano Allegri mengundurkan diri sebagai pengurus kelab itu.

Jurulatih dari Itali itu menerima tekanan hebat daripada penyokong Chelsea ketika musim pertamanya mengambil alih kelab tersebut walaupun membantu The Blues menjuarai Liga Europa, menamatkan saingan liga dalam empat pasukan terbaik serta layak ke final Piala Liga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jorginho mengakui dia berasa sedih untuk melihat pengendali berusia 60 tahun itu meninggalkan Chelsea sebelum berkata Sarri akan mengkhianati penyokong Napoli jika menyertai Juventus.

“Dia melakukan tugasnya dengan baik di Chelsea. Memang ada kritikan namun apa yang penting kami tamat kempen liga di tempat ketiga, memenangi satu piala dan tumpas di final.

“Saya fikir ini adalah musim terbaik dan saya benci melihatnya pergi. Penyokong Napoli masih menyayanginya dan normal untuk mereka berasa marah.

“Mereka mempunyai minat yang mendalam dan memberi sokongan kepada anda. Mereka boleh berasa seperti dikhianati dan jika itu berlaku kita tengok apa yang akan terjadi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini