Ronaldo lebih hebat daripada Messi - Cabrini - Utusan Malaysia

Ronaldo lebih hebat daripada Messi – Cabrini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bekas pertahanan Juventus, Antonio Cabrini merasakan Cristiano Ronaldo lebih bagus daripada Lionel Messi kerana bintang Portugal itu membuktikan dirinya adalah pemimpin sejati di luar mahupun di dalam padang.

Jika dicampurkan, Ronaldo dan Messi telah memenangi 10 anugerah Ballon d’Or, menyaksikan mereka mendominasi landskap bola sepak dalam tempoh sedekad.

Begitupun, Messi masih lagi gagal menjulang sebarang gelaran bersama Argentina, namun Ronaldo mengepalai Portugal dalam mencapai kejayaan Eropah di Perancis pada 2016.

Memuatkan artikel berkaitan…

Cabrini menghormati duo ikonik terbabit di atas segala kejayaan yang mereka kecapi, namun tetap merasakan penyerang Juventus tersebut mengatasi musuh tradisinya itu dari segi kepimpinan.

“Ronaldo adalah pemain terbaik dunia. Nampak jelas perhatian bola sepak terarah kepada persaingan di antara Ronaldo dan Messi dalam tempoh 10 tahun.

“Pada pandangan saya, Ronaldo lebih bagus daripada Messi, tetapi dari segi kepimpinan. Ronaldo telah membuktikan dia adalah pemimpin sejati dalam banyak perkara bukan hanya di dalam padang.

“Dia juga memimpin dalam kehidupan seharian,” kata Cabrini dalam satu majlis di Stadium Allianz.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini