Perompak solo larikan RM130, 000 dari bank - Utusan Malaysia

Perompak solo larikan RM130, 000 dari bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang penjenayah nekad bertindak sendirian merompak sebuah bank dalam tempoh lima minit dengan melarikan wang tunai hampir RM130, 000 dalam kejadian di Jalan Kontraktor U1/14, Hicom Glenmarie Industrial di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 3.50 petang itu, suspek turut melepaskan dua tembakan ke bahagian siling bank menerusi pistol automatik yang dibawanya. Namun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian berlaku selepas suspek bertopeng hitam memasuki ke dalam bank melalui peti tepi mesin pengeluaran wang automatik (ATM). 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sejurus kemudian suspek yang membawa pistol automatik telah 
melepaskan satu das tembakan ke siling sebelum mengacukan pistol ke arah pengawal keselamatan yang tidak bersenjata. 

“Lelaki itu kemudiannya mengarahkan seorang pekerja di kaunter mengeluarkan wang dan memasukkan ke dalam beg sandang warna hitam dibawanya. 

“Suspek kemudiannya bertindak melepaskan tembakan kedua ke siling sebelum mengarahkan seorang lagi pekerja bank mengeluarkan dan menyimpan wang dari bilik tunai ke dalam beg sama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. 

Beliau memberitahu, sewaktu kejadian berlaku terdapat enam pekerja bank, lapan pelanggan serta dua pengawal keselamatan. 

Kosmo! difahamkan salah seorang pengawal keselamatan didapati bersenjata namun tidak mampu berbuat apa-apa berikutan panik. 

“Selepas lima minit, suspek kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah kenderaan yang belum dikenalpasti. 

“Pemeriksaan mendapati jumlah kerugian  hampir RM130,000,” katanya. 

Jelas Baharudin, pihaknya kini meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan meminta orang ramai supaya tampil mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. 

“Usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan dan kes  disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi (penalti lebih berat)1971,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini