Jururawat maut terlanggar tali kabel kain rentang - Utusan Malaysia

Jururawat maut terlanggar tali kabel kain rentang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JITRA – Seorang jururawat maut akibat kecederaan parah pada leher selepas terlanggar tali kabel kain rentang ketika menunggang motosikal di simpang tiga Pasaraya C-Mart Jitra di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu berlaku ketika mangsa, Siti Rofidah Md. Khir, 27, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang untuk membuat kuih sempena hari raya.

Mangsa yang menunggang motosikal skuter jenis Yamaha Solaris bagaimanapun terjatuh selepas terlanggar tali kabel yang merintang di kawasan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Siti Rofidah kemudian dikejarkan ke Hospital Jitra (HJ) sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira sejam selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian tidak menyedari tali kabel tersebut kerana keadaan yang gelap. 

“Tali kabel itu telah tersangkut pada leher wanita itu sehingga menyebabkan mangsa terjatuh bersama motosikalnya.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital akibat kecederaan teruk pada leher sebelum kita menerima panggilan daripada pihak hospital pada pukul 11.15 malam tadi memaklumkan mangsa 
telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa dibawa ke unit forensik HJ untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini