Trafik perlahan di beberapa lebuh raya petang ini - Utusan Malaysia

Trafik perlahan di beberapa lebuh raya petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa laluan lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat pukul 5.30 petang ini berikutan orang ramai pulang ke kampung bagi menyambut ketibaan Syawal Rabu ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, aliran trafik dilaporkan perlahan dari Perai menghala Permatang Pauh, Pulau Pinang.

“Trafik juga sesak dari Subang ke Dataran Prima, Putrajaya ke Bandar Saujana Putra dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  menuju ke Persimpangan Nilai Utara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Aliran trafik dari Nilai menghala ke Kawasan Rehat dan Rawat Seremban dan Bandar Ainsdale ke Port Dickson turut dilaporkan perlahan susulan bilangan kenderaan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik tinggi dilaporkan di Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah manakala kawasan lain masih lancar dan terkawal.

“Jangkaan jumlah trafik akan meningkat pada malam ini sekitar Lebuhraya KL-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur manakala kawasan lain walaupun mempunyai jumlah kenderaan yang tinggi tetapi keadaan masih terkawal,” kata LLM.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafikatau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini