Tertusuk besi semasa pasang lampu kelip-kelip - Utusan Malaysia

Tertusuk besi semasa pasang lampu kelip-kelip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Keterujaan seorang remaja memasang lampu kelip-kelip bagi memeriahkan Hari Raya Aidilfitri di pagar rumah terbantut apabila terjatuh dan tangannya tertusuk besi di Jalan Padi Mahsuri 14, Bandar Baru Uda di sini pukul 10.22 malam tadi.

Remaja lelaki berusia 15 tahun itu terpaksa menahan kesakitan hampir 20 minit sebelum keluarganya memohon bantuan pihak bomba kerana tangannya tertusuk dan tidak dapat ditarik keluar daripada besi pagar tersebut.

Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin diketuai Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Hairi Nizam Mostapa bersama-sama satu jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) datang membantu.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tertusuk besi
SEORANG remaja lelaki tertusuk besi pagar semasa memasang lampu kelip-kelip sebelum dibantu pihak bomba dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, malam tadi untuk rawatan. – UTUSAN ONLINE

“Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di lokasi terdapat mangsa cedera apabila tangan tertusuk pada besi pagar.

“Tangan mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan dihantar ke Hospital Sultanah Ismail (HSA) di sini menggunakan jentera EMRS, operasi tamat pukul 10.37 malam,” ujar Mohd. Hairi ketika dihubungi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini