`Hari Raya tahun ini tidak bermakna buat kami' - Utusan Malaysia

`Hari Raya tahun ini tidak bermakna buat kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Peniaga Bazar Masjid India yang terlibat dalam kebakaran baru- baru kecewa dan terkilan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) apabila dilihat tidak membantu mereka berhubung isu pemindahan tapak sementara sebelum menyambut 1 Syawal.

Peniaga mendakwa pihak berkuasa tempatan itu seolah-olah lepas tangan selepas mereka dipindah ke lokasi baharu yang dicadangkan di Lorong Bunus 3.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi berkenaan semalam mendapati tiada aktiviti perniagaan dijalankan walaupun khemah telah dipasang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wakil Persatuan Peniaga peniaga Kecil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Mek Zainab Man berkata, peniaga memilih untuk tidak meneruskan perniagaan di lokasi baharu itu kerana tidak strategik dan kurang dikunjungi pelanggan.

“Lebih menyedihkan apabila hanya 27 daripada 51 peniaga yang terjejas mendapat tempat baharu. Selebihnya tidak mempunyai hala tuju dan alasan yang diberikan adalah lesen telah dibekukan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Tambah Mek Zainab Man, peniaga sudah beberapa kali bertemu dengan DBKL bagi menyelesaikan masalah lesen dibekukan itu namun, alasan yang diberikan adalah ia dikendalikan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.

“ Pada asalnya kami dijanjikan tapak baharu jadi bantuan RM300 hingga RM500 yang diberikan itu telah dijadikan modal untuk berniaga, alih-alih ini pula jadinya.

“Kami sangat berharap tapak baharu itu akan memberi sinar buat peniaga bagi mencari duit raya namun lain pula jadinya, Hari Raya tahun ini hambar dan tidak maknanya buat kami,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini