KUALA LUMPUR- Bagi warga kota yang masih tercari-cari kelengkapan persiapan Hari Raya Aidilfitri dan mahu merasai suasana berbeza hari raya boleh berkunjung ke Pusat Membeli-Belah Berjaya Times Square yang kini sedang menganjurkan program Sinaran Aidilfitri sehingga 16 Jun ini.
Berjaya Times Square dalam satu kenyataan berkata, penganjuran acara bertujuan menyemarakkan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta menghargai pelanggan pusat beli belah berkenaan.
“Bagi tujuan itu kami telah menukarkan tingkat bawah pusat beli belah ini menjadi sebuah bandaraya Arab dengan dihiasi tanglung dan persembahan instrumental arab.
“Selain itu, orang ramai yang membuat pembelian sebanyak RM200 dalam satu hari dengan hanya empat resit boleh menebus ‘Exclusive Delectable Dates’ bermula sekarang sehingga 9 Jun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











