Korea Utara ‘hukum’pegawai selepas kegagalan persidangan Trump - Utusan Malaysia

Korea Utara ‘hukum’pegawai selepas kegagalan persidangan Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL 31 Mei – Korea Utara menghukum mati wakil khas ke Amerika Syarikat berikutan kegagalan persidangan kedua antara Pemimpin Kim Jong-un dan Presiden Donald Trump, lapor akhbar Korea Selatan hari ini.

Chosun Ilbo berkata, Kim Hyok Chol yang mengusahkan kerja-kerja lapangan bagi mesyuarat Hanoi disamping mengiringi Jong-un dalam kereta api peribadi Jong.

Hyok Chul ditembak kerana ‘mengkhianati ketua pemimpin agung’ selepas beliau berpihak kepada AS ketika rundingan pra puncak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, Hyok Chol dijatuhkan hukuman pada Mac di Lapangan Terbang Mirim bersama empat pegawai kanan Kementerian Luar.

Sementara itu, Setiausaha Negara, Mike Pompeo memberitahu, Washington sedang berusaha untuk mendapatkan pengesahan kejadian berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini