Hotel Tenera raikan 108 anak yatim, asnaf - Utusan Malaysia

Hotel Tenera raikan 108 anak yatim, asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mei – Seramai 108 termasuk golongan asnaf, anak yatim dan pasukan badan beruniform diraikan dalam majlis Program Amal Korporat 2019 di sini hari ini.

Program anjuran Hotel Tenera sebagai usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk memberi peluang kepada golongan kurang bernasib baik merasai nikmat Ramadan.

Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Tenera, Fadzly Hamzah berkata, usaha itu dilihat sebagai pendorong bagi hotel untuk lebih giat menjalankan aktiviti kebajikan khususnya dalam bulan Ramadan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hotel Tenera telah menjalankan program ini bertujuan menyalurkan sumbangan berbentuk duit raya kepada Asnaf Rumah Bakti Al-Kausar dan Maahad Tahfiz Sulaimaiyyah selain menjamu mereka serta badan beruniform dan beberapa rakan korporat pada majlis berbuka puasa.

“Kami berniat menghidupkan lagi bulan Ramadan dengan aktiviti kebajikan amal jariah bagi golongan yang kurang bernasib baik dalam kalangan kita”, katanya di sini hari ini.

Fadzly menambah, seiring dengan konsep hotel mesra muslim yang dibawa oleh Hotel Tenera, mereka juga ingin mengubah cara penghayatan Ramadan yang lazim diamalkan di Malaysia dengan meluaskan amalan ibadat seperti solat tarawih dan tadarus kepada amalan kebajikan sesama insan sepanjang bulan ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini