Mangsa kebakaran terpaksa beraya di surau, rumah saudara, rakan - Utusan Malaysia

Mangsa kebakaran terpaksa beraya di surau, rumah saudara, rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mei – Seramai 18 sekeluarga dan tujuh bujang terpaksa menyambut Aidilfitri secara ‘ala kadar’ selepas kediaman mereka di Jalan Penchala Hilir 5, Kampung Sungai Penchala di sini hangus dijilat api pada Rabu lalu.

Malah, sebahagian daripada mereka terpaksa menginap di Surau Al-Waris yang terletak tidak jauh dari kawasan kediaman sementara menunggu rumah lain untuk berpindah.

SUMIYATI TAMAR
SUMIYATI TAMAR 

Menurut seorang mangsa, Sumiyati Tamar, 30, dia dan keluarga lain terpaksa tinggal di surau berkenaan sehelai sepinggang apabila semua barang keperluan asas hangus dalam kebakaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Baju raya, barangan keperluan untuk sambut Aidilfitri yang baharu dibeli pun hangus menyebabkan kami hanya mengharapkan bantuan daripada jiran,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Muslimin Mat, 42, memberitahu, dia tidak menyangka hilang tempat tinggal apabila rumah yang disewa didiami bersama isteri dan tiga anaknya musnah.

“Saya dan isteri sedang bekerja tetapi anak-anak berada di rumah ketika kejadian. Mujur mereka berjaya selamatkan diri dan pergi ke rumah saudara yang terletak tidak jauh, “ katanya.

MUSLIMIN MAT
MUSLIMIN MAT 

Mereka berdua berkata demikian ketika ditemubual Utusan Online dalam majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa kebakaran oleh Yayasan Persatuan Pengimport dan Penjual Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) dan Persatuan Kebajikan Komunti Sungai Penchala (PKKSP) di Restoran Garden Sensation, Sungai Penchala di sini hari ini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Presiden Pekema, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim dan Pengerusi PKKSP, Mohd. Azri Md. Yunos.

Menurut Nik Izani, sumbangan disampaikan dalam bentuk wang tunai kepada setiap keluarga yang terjejas dalam kebakaran tersebut sebagai bantuan untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

“Yayasan Pekema menyumbang wang tunai RM500 setiap keluarga bagi meringankan beban mereka yang ditimpa musibah, malah saya juga difahamkan kebanyakan penghuni rumah sewa itu sedang bekerja ketika kejadian berlaku,” katanya.

50 anggota bomba bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tun Dr. Ismail, Sri Hartamas, Jinjang dan Hang Tuah untuk memadam kebakaran melibatkan 11 buah rumah sewa kira-kira pukul 1 petang pada Rabu lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini