TH serahkan zakat perniagaan RM3.407 juta - Utusan Malaysia

TH serahkan zakat perniagaan RM3.407 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH 31 Mei – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenaan menerima zakat perniagaan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan berakhir 2018 berjumlah RM3.407 juta, di sini semalam.

Zakat tersebut disampaikan oleh oleh Ketua Audit Dalaman TH, Wahid Ali Mohd. Khalil di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti.

Menurut Wahid Ali, bayaran zakat bagi Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan sebanyak 27.8 peratus berbanding RM2.666 juta pada tahun 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap tahun, TH melaksanakan bayaran zakat yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sebagai sebuah organisasi Islam untuk memperkasakan kewangan Islam dan pembangunan sosio-ekonomi ummah terutama bagi golongan asnaf.

“TH berharap pembayaran zakat ini dapat dimanfaatkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) ke arah kemampanan program-program zakat yang dirangka di negeri ini bagi kelestarian ekonomi golongan asnaf,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun; Mufti Kerajaan negeri, Datuk Mohd. Yusof Ahmad; Pengerusi MAINS, Datuk Mohamed Husein; Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Baitulmal negeri; Nor Azmi Musa dan Pengarah TH negeri, Khairoddin Ahmad.

Wahid Ali berkata, jumlah keseluruhan bayaran Zakat TH pada 2018 mencatatkan peningkatan sebanyak 26.6 peratus iaitu berjumlah RM85.57 juta berbanding RM67.61 juta pada tahun sebelumnya.

Katanya, pada tahun ini, TH memperkasakan lagi tanggungjawabnya dengan pelaksanaan Program Zakat yang disasarkan kepada golongan memerlukan melalui penganjuran program pendidikan, keusahawanan, kebajikan dan kemasyarakatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini