Rezeki pancing kelah 4.3 kilogram - Utusan Malaysia

Rezeki pancing kelah 4.3 kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Seorang pemancing di sini tidak menyangka apabila jorannya disambar seekor ikan kelah seberat 4.3 kilogram atau bersamaan nilai RM1,300.

Pemancing berkenaan, Sabri Abdullah, 42, berkata, ikan tersebut menyambar jorannya ketika sedang berehat sambil memancing di Jeti Taman Negara Kuala Tahan di sini.

“Harga pasaran ikan kelah di Taman Negara adalah RM302 sekilogram. Saiz ini dikira sudah cukup besar bagi ikan kelah,” ujarnya semasa ditemui pemberita di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikan kelah yang mendiami Sungai Tembeling, Sungai Pengau dan Lubuk Kayu Ara di sekitar Taman Negara di sini sentiasa menjadi buruan pemancing dan nelayan sungai kerana mempunyai nilai tinggi serta tekstur isi yang enak.

Sabri menambah, ikan tersebut bagaimanapun tidak dijual meskipun menjanjikan pulangan lumayan sekiranya dilelong di pasar atau Jeti Kuala Tahan.

“Ikan ini juga mempunyai isi yang sedap dan sangat digemari ramai. Ia sangat enak apabila dimasak bersama tempoyak atau dikukus.

“Saya jadikan ikan ini sebagai lauk juadah berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan,” katanya yang bekerja di sebuah pusat peranginan di sini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini