Bursa Malaysia dibuka kukuh - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia dibuka kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mei – Bursa Malaysia dibuka dalam kedudukan positif hari ini diransang oleh keputusan korporat yang lebih tinggi daripada jangkaan dan langkah pelarasan portfolio untuk mendepani keadaan semasa dan persaingan.

Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 2.25 mata kepada 1,638.75 selepas dibuka 3.26 mata lebih tinggi pada 1,639.76.

Indeks ditutup 12.83 mata lebih tinggi pada 1,636.50 semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu sebanyak 145 berbanding 106 manakala 148 kaunter tidak berubah dan 1,526 tidak diniagakan dan 63 lagi digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 96.69 juta bernilai RM52.11 juta.

Malacca Securities Sdn. Bhd. dalam kenyataannya berkata, sentimen positif telah membantu merangsang prestasi indeks utama, bagaimanapun menjangkakan indeks utama semakin menghampiri kedudukan terlebih beli meskipun beberapa isyarat bagi penarikan balik belum ada.

“Kami menyaksikan keuntungan berikutan aktiviti belian semasa harga rendah tetapi indeks utama menyusut ke bawah paras 1,600 mata. Masih tidak dapat dijangka tahap kekuatan yang mampu dihadapi indeks utama selepas pusingan semasa keuntungan dalam persekitaran pasaran ekuiti global masih berhati-hati yang dilihat akan menyaksikan keadaan turun naik berterusan.

“Oleh itu, keuntungan baru-baru ini dijangka tidak berterusan dan keadaan turun naik bakal kembali,” katanya di sini hari ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini