Bantu bina semula negara ikut kemampuan - Wan Azizah - Utusan Malaysia

Bantu bina semula negara ikut kemampuan – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH – Rakyat Malaysia di Arab Saudi diminta bersama-sama membantu kerajaan membina semula negara selepas tampuk pemerintahan negara bertukar tangan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, mereka boleh membantu mengikut kemampuan masing-masing seperti memberi input membina supaya dasar yang lebih efektif dapat diperkenalkan. 

“Membina semula negara selepas apa yang telah berlaku bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi ia tidak mustahil. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita perlu membetulkan keadaan dalam masa yang sama meneruskan pertumbuhan ekonomi negara yang memberi manfaat kepada semua rakyat,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa bersama diaspora Malaysia di sini pada Khamis. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini