Gunung Merapi 'muntah lahar sejauh 1 kilometer - Utusan Malaysia

Gunung Merapi ‘muntah lahar sejauh 1 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 31 Mei – Gunung Merapi di Yogyakarta dan Jawa Tengah dilaporkan memuntahkan lahar sejauh satu kilometer, semalam.

CNN Indonesia yang memetik Ketua Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG), Hanik Humaida sebagai berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan berlakunya tiga kali letusan antara pukul 12 tengah hari dan 6 petang waktu tempatan.

Kejadian itu katanya, turut merekodkan 11 pergerakan dari dua hingga 61 milimeter (mm).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini, kita masih mengekalkan tahap amaran pada dua iaitu tahap berwaspada dan semua aktiviti pendakian kecuali untuk tujuan penyelidikan, dilarang sama sekali dalam lingkungan tiga kilo­meter dari kawah gunung berapi tersebut,” katanya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini