Navigasi tingkat risiko Alzheimer - Utusan Malaysia

Navigasi tingkat risiko Alzheimer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 30 Mei – Meletakkan kepercayaan kepada alat bantuan navigasi bertek­nologi tinggi boleh menjejaskan otak malah meningkatkan risiko terkena Alzheimer.

Lapor Mail Online, pakar navigasi, David Barrie berkata, beribu tahun manusia telah membangunkan deria tajam terhadap persekitaran namun kini hilang selepas diambil alih navigasi satelit (satnav).

Menurutnya, apabila menggunakan aplikasi Google Maps, satnav dan lain-lain, perkara itu sangat menyedihkan de­ngan gajet berbahaya telah ‘memutuskan’ hubungan manusia dan dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemungkinan juga menghalang otak mereka terutama bahagian hipokampus yang berperanan untuk belajar dan memori daripada memba­ngunkan ketahanan diperlukan dalam kehidupan.

“Kita menjadi lebih bergantung dengan gajet elektronik untuk mencari jalan, terputus daripada dunia semula jadi,” katanya yang juga bekas diplomat Britain.

Tambahnya, ‘ganjaran luar biasa’ yang datang daripada deria tajam dalam semula jadi akan hilang.

“Selain itu, mereka berkemungkinan berada dalam masalah besar kerana sebahagian otak yang bertanggungjawab untuk keupayaan navigasi perlu berlatih dan jika tidak, secara amnya mengecil.

“Oleh yang demikian, berkemungkinan besar mereka yang menghidap Alzheimer de­ngan mengalami kekeliruan, hipokampus telah mengecil daripada kekurangan penggunaan atau kurang daya tahan untuk berdepan penyakit ini,” jelasnya.

Sehubungan itu Barrie memberitahu, orang ramai perlu mengekalkan bahagian otak itu dengan melatihnya daripada bergantung kepada navigasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini