Gambar tumpahan minyak di lebuh raya tidak benar - Utusan Malaysia

Gambar tumpahan minyak di lebuh raya tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mei – Syarikat Konsesi Lebuhraya Pantai Timur, Anih Berhad (Anih) menegaskan dakwaan berlaku tumpahan minyak antara KM46.2 hingga KM46.8 arah Timur, Bukit Tinggi yang menjadi tular di dalam laman sosial adalah tidak benar sama sekali.

ANIH
ANIH 

Anih Berhad dalam kenyataan hari ini berkata, hal itu kerana mesej bergambar mengenai dakwaan tumpahan minyak yang tular di dalam laman sosial ketika ini adalah insiden lama berlaku pada 10 April lalu membabitkan kemalangan sebuah treler.

“Kita berharap pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK) tidak terpedaya dengan pihak tertentu yang menyebarkan gambar lama tersebut selain menghentikan penyebaran mesej palsu itu sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengguna dinasihatkan melayari laman sosial Anih seperti @LPTTrafik di Twitter dan Lebuh Raya Pantai Timur di Facebook untuk mengetahui keadaan trafik semasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini