PM sahkan semula janji serah jawatan kepada Anwar - Utusan Malaysia

PM sahkan semula janji serah jawatan kepada Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 30 Mei – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan semula janji beliau untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dipersetujui oleh Pakatan Harapan (PH), walaupun tiada tempoh masa dinyatakan.

“Saya telah bersetuju yang Anwar akan mengambil alih dari saya dan saya akan mematuhi dengan perjanjian saya. Semasa pembentukan gabungan PH, adalah dipersetujui bahawa ia akan diketuai oleh saya sebagai pengerusi.

“Kami juga berjanji sekiranya saya menjadi PM, penggal saya akan dihadkan ke beberapa tempoh, tetapi masa sebenar tidak dinyatakan,” katanya dalam sesi dialog pada Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Hadapan Asia kali ke-25, juga dikenali sebagai Persidangan Nikkei.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri berkata, beliau akan turun “selepas tempoh masa tertentu bagi meletakkan ekonomi di landasan yang tepat.

Beliau berkata, berurusan dengan ekonomi Malaysia adalah satu isu yang paling besar dan menekan yang perlu diselesaikan sebelum peralihan kuasa. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini