[VIDEO] Wajah ceria menjelang Aidilfitri - Utusan Malaysia

[VIDEO] Wajah ceria menjelang Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mei – Seramai 60 anak-anak pelarian Rohingya di Mahad Tahfizul Quran Madrasah Rohingya, Subang Pelangi, Subang dekat sini menerima kunjungan sukarelawan program kemasyarakatan sempena menyambut ketibaan Syawal tidak lama lagi.

Sukarelawan yang terdiri daripada bekas wartawan Kumpulan Utusan itu yang dikenali sebagai Jari Moxx memgunjungi madrasah terbabit kelmarin bagi menyampaikan sumbangan dan bantuan buat anak-anak pelarian tersebut.

Pengasas kepada Jari Moxx, Nadzarul Amir Zainal Azam, 40, berkata, barangan keperluan asas termasuk pakaian, tudung, kasut, kepelbagaian barangan dapur dan makanan dianggarkan kira-kira RM1,000 disalurkan kepada rumah berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, sebahagian daripada barangan ini adalah hasil inisiatif gerakan sukarelawan itu yang mendapatkan daripada sumbangan orang awam dan persendirian.

“Saya mula menggerakkan projek ini pada awal tahun ini dan sudah masuk edisi keenam dengan menyasarkan untuk menziarah 12 lokasi sepanjang tahun ini,” katanya kepada Utusan Online yang turut mengikuti program sukarelawan itu.

Nadzarul Amir menambah, projek berkenaan tidak tertumpu di Lembah Klang sahaja malah telah mengunjungi Negeri Sembilan dan Terengganu.

Katanya, terdapat beberapa perkara yang menyentuh hatinya untuk memulakan projek berkenaan.

“Tidak semua orang yang bertuah dan berkemampuan dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

“Mungkin usaha kecil ini dapat mengukir senyuman pada wajah-wajah penerima terutama anak-anak kecil yang hilang tempat bergantung sudah memadai buat saya,” ujarnya.

Katanya, dia melakukan projek ini untuk ibu bapanya yang sentiasa mengajar dan menerapkan nilai-nilai erti berkongsi sesama manusia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini