Langkawi bakal pengeluar beras pulut utama - Utusan Malaysia

Langkawi bakal pengeluar beras pulut utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata projek penanaman padi pulut akan dilaksanakan di Langkawi seterusnya menjadikan pulau ini pengeluar utama beras pulut. 

Beliau berkata, bagi tujuan itu Jabatan Pertanian akan mengenalpasti kawasan serta lokasi yang luas dan sesuai untuk menanam padi pulut yang berasingan dari kawasan penanaman padi biasa.

“Keputusan sudah dibuat dan mereka (Jabatan Pertanian) akan datang pilih tanah yang sesuai. Kalau berjaya ia boleh menjana pendapatan yang baik kepada penduduk Langkawi seterusnya menjadikan pulau ini sebagai pengeluar beras pulut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini harapan kita kerana saya percaya harga beras pulut lebih tinggi dari harga beras biasa jadi pesawah boleh tambah pendapatan mereka sekiranya menanam padi pulut,”  katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyerahan kad Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) Peringkat Langkawi kepada 48 penerima di Kompleks Angkatan Pertahan Awam (APM) Daerah Langkawi di sini hari ini.

Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat, Juhari Bulat dan ADUN Kuah, Mohd. Firdaus Ahmad. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini