KUALA LUMPUR 22 Mei – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merafak sembah takziah kepada Yang di-Pertuan Agong di atas kemangkatan Sultan Ahmad Shah.
“Merafak sembah takziah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh rakyat Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
“Semoga Almarhum mendapat husnul khatimah dan rohnya dicucuri rahmat Allah SWT,” katanya dalam status Facebooknya hari ini. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











